Wednesday, August 26, 2009

segalanya bermula dari 1....

hidup ni x selalunya indah. pasti ada dugaan yang mendatang. tapi kita sebagai manusia harus tabah menghadapinya..

namun, jika dugaan itu terlalu berat untuk dihadapi, pastinya akan terluah sedikit keluhan demi melepaskan sedikit kedukaan di hati...

semua orang sering memperkatakan tentang SIKAP dan sekaligus mempersoalkan tentang KEPERIBADIAN seseorang itu. ini kerana melalui SIKAP, secara spontannya akan menyerlahkan KEPERIBADIANnya...

dan alasannya,manusia tidak sempurna...sememangnya, semua makhluk yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T ini tidak mempunyai kesempurnaan. namun, kita digalakkan untuk berusaha mengatasi kelemahan yang dialami...

dan ini sudah semestinya akan berbalik semula kepada soal SIKAP..setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai SIKAP dan perangai yang tersendiri...dan jika difikirkan sejenak, inilah yang dikatakan sebagai "variasi". jika semua manusia mempunyai SIKAP yang serupa, sudah pasti kehidupan yang dijalani akan menjadi sesuatu yang membosankan dan tidak menghiburkan...

malah, melalui SIKAP, kita dapat mempelajari pelbagai perkara yang tidak akan diajar di mana-mana institusi pembelajaran, samada di sekolah mahupun di universiti..dan ini adalah sesuatu yang perlu dihadapi oleh seseorang manusia, samada suka @ benci....

kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat pelbagai jenis SIKAP yang ada pada manusia. cukuplah sekadar memerhati orang-orang di sekeliling kita...

No comments: